11 April 2009

Diskusi Ilmiah Sejarah dan Tamadun Islam Di Afrika Utara dan Andalus









Diskusi ilmiah ini, yang juga merupakan sebahagian daripada acara Mahrajan 35 Tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), FPI, UKM, telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 April 2009 di Bilik Majlis, UKM Bangi dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Diskusi ilmiah ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Ketua, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM. Sebanyak 9 makalah telah dibentangkan oleh para mahasiswa/i JPATI yang mendaftar kursus PPPJ1253 Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus pada semester 2, sesi 2008/2009. Tajuk dan senarai pembentang makalah ialah sebagaimana post sebelum ini. Para mahasiswa/i diberi peluang dan pengalaman untuk membentangkan makalah mereka di Bilik Majlis, UKM, berbanding sebelum pada ini mereka hanya melakukan aktiviti ilmiah sedemikian di kelas-kelas tutorial atau dewan perkuliahan. Bahkan makalah mereka juga telah berjaya diterbitkan dalam prosiding diskusi berkenaan. Tahniah dan syabas diucapkan pada kalian!!! Di sini dipaparkan beberapa keping foto pada hari pembentangan diskusi ilmiah berkenaan untuk paparan peminat STI. Selamat menatap ye..... :)

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"