Showing posts with label Persidangan-Seminar. Show all posts
Showing posts with label Persidangan-Seminar. Show all posts

08 April 2009

Diskusi Ilmiah Anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, UKM

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan diskusi ilmiah tersebut sebagaimana butiran berikut:
Tarikh: 11 & 12 April 2009 /
15 & 16 Rabi'ulakhir 1430H
Tempat: Bilik Majlis, UKM
Anjuran: Mahasiswa/i PPPJ1253 & PPPJ2453, JPATI, FPI, UKM
Perasmi: Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Ketua, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM

Diskusi ini hanya terhad kepada mahasiswa/i JPATI yang mendaftar kursus PPPJ1253 Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus dan PPPJ2453 al-Nahw wa al-Sarf II. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan prosiding bagi kedua-dua diskusi ilmiah tersebut di atas, sila hubungi sama ada, (a) Ustaz Ezad Azraai Jamsari: ezad@ukm.my atau eajsti@gmail.com atau 03 8921 5291; ataupun (b) Ustaz Hakim Zainal: haza@ukm.my atau 03 8921 5553, selepas daripada tarikh diskusi tersebut.

Sebanyak 19 makalah dimuatkan dalam kedua-dua prosiding berkenaan dan berikut ialah tajuk-tajuk makalah tersebut untuk manfaat bersama:

Hari Pertama (Sabtu) 11 April 2009
DISKUSI ILMIAH
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM DI AFRIKA UTARA DAN ANDALUS
Judul Prosiding: Sejarah Ketenteraan Islam Afrika dan Andalus (ISBN 978-983-9368-34-5)
1. Sejarah Ketenteraan Islam: Gerakan Futuhat Islamiyyah di Afrika Utara
Mariam Farhana Md Nasir & Ruzainim Mohd Zelani
2. Sejarah Ketenteraan Islam Era Futuhat dan Gabenor Umawiyyah di Andalus
Siti Salwa Abdul Majid & Humaira Asha’ari
3. Sejarah Ketenteraan Islam Era Imarah Umawiyyah di Andalus
Nurul Adilla Abu Bakar & Khairiah A Rahman
4. Sejarah Ketenteraan Islam Era Khilafah Umawiyyah di Andalus
Mohd Noor Akmal Hashim & Mohammad Insanudin Rajiee
5. Sejarah Ketenteraan Islam Era Muluk al-Tawa’if di Andalus
Mohd Rizdhuan Baharuddin, Mohd Fakhrurazi Noor Zainan & Wan Hamdi Wan Sulaiman
6. Sejarah Ketenteraan Islam Era al-Murabitun di Afrika Utara dan Andalus
Fasihah Abdullah & Siti Solehah @ Zahirah Yahaya
7. Sejarah Ketenteraan Islam Era al-Muwahhidun di Afrika Utara dan Andalus
Muhammad Syafiq A. Aziz & Khairul Asyraf Aripen
8. Sejarah Ketenteraan Islam Era Nasri di Granada
Mohd Irman Mohd Abd Nasir & Mohd Yusrizal Mohd Yunos
9. Sejarah Ketenteraan Islam Era Marini di al-Maghrib
Azliza Hashim & Mariah Mohd Shukri
10. Ibn al-Khatib (713-776H/1313-1375M) Sejarawan Granada: Satu Kajian Biografi
Ezad Azraai Jamsari, Norjayah Rekain, Noorsafuan Che Noh & Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari

Hari Kedua (Ahad) 12 April 2009
DISKUSI ILMIAH AL-NAHW WA AL-SARF II
Judul Prosiding: Sumbangan Tokoh-tokoh Tatabahasa Arab-Islam Abad Pertengahan
1. al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi: Ketokohan dan Sumbangan
Siti Khatijah Mat Rashid & Siti Aminah Razali
2. Sibawayh: Ketokohan dan Sumbangan
Nooraziera Mohamad & Nor Kamilah Mat Zin
3. Abu Bakr al-Anbari: Ketokohan dan Sumbangan
Aqilah Nur Satar Abdul Satar & Nurul Shamimi Rusli
4. Ibn Malik: Ketokohan dan Sumbangan
Nurul Atiqah Jamalludin & Nurul Asma Mazlan
5. Ibn Ajurrum: Ketokohan dan Sumbangan
Norashidah Ishak & Noor Fadzillah Che Saad
6. Abu Hayyan al-Andalusi: Ketokohan dan Sumbangan
Norafeni Ahmad, Mohd Nasa’ei Abdullah & Azatul Subahia Alias
7. Ibn ‘Aqil: Ketokohan dan Sumbangan
Atikah Hanani Ismail & Wati Jonen
8. Ibn Hisham al-Nahwi: Ketokohan dan Sumbangan
Zuraini Ibhrim & Wan Nor Maisarah Wan Idris
9. al-Suyuti: Ketokohan dan Sumbangan
Nurilliah Nornid & Siti Soleha Musa


"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

25 March 2009

Bicara Dakwah ke-8 2009

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDDK), Fakulti Pengajian Islam, UKM akan menganjurkan seminar di atas pada 30 MAC 2009, ISNIN di Bilik Senat, Paras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi.

Antara makalah yang akan dibentangkan oleh saya (bersama rakan penulis lain) pada seminar kali ini ialah sebagaimana butiran berikut:
1.
Urus Tadbir (Governance) Ketenteraan Ayyubi: Satu Kajian Sejarah Pada Zaman Salah al-Din al-Ayyubi, oleh Noorsafuan Che Noh & Ezad Azraai Jamsari
2. Pengurusan Aspek Ekonomi Kerajaan Banu Marin(1215-1465M): Satu Pengamatan Sejarah, oleh Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Ezad Azraai Jamsari & Wan Kamal Mujani
3. Aspek Pendidikan Islam di Singapura: Satu Kajian Sejarah, oleh Siti Noorasikin Tumiran & Ezad Azraai Jamsari

Mahasiswa/i amat dialu-alukan untuk menyertai seminar tersebut dan pendaftaran nama boleh dibuat di Kaunter JPDDK, FPI, UKM pada bila-bila masa mulai sekarang. Utuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Am JPDDK: 03-8921 5528 atau e-mel: dzuwan@ukm.my (Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus). Rebutlah peluang ini untuk menimba ilmu. Selamat berseminar!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

20 August 2008

Seminar Serantau Islam dan Isu Global (SSIIG)

Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM akan menganjurkan "Seminar Serantau: Islam dan Isu Global" (SSIIG) pada 28 Ogos 2008 (Khamis) di Bilik Senat, UKM Bangi

Untuk keterangan lanjut,
sila hubungi:
Urus Setia
Seminar Serantau Islam dan Isu Global (SSIIG)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Mahasiswa/i amat dialu-alukan untuk menyertai seminar tersebut dan pendaftaran nama boleh dibuat di Kaunter Pejabat Dekan FPI, UKM pada bila-bila masa mulai sekarang. Yuran seminar ialah RM20.00 (termasuk jamuan, sijil penyertaan dan tanpa buku/prosiding). Jika saudara/i berhajat untuk memiliki buku/prosiding tersebut, sila dapatkan pada hari seminar nanti. Rebutlah peluang ini untuk menimba ilmu. Selamat berseminar!!!
"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"