08 March 2010

Selamat Bersua Kembali

Salam bersua kembali diucapkan kepada khalayak pembaca blog sejarah dan tamadun Islam (STI). Hampir setahun (semenjak bulan Mei 2009) saya tidak mengemas kini blog ini kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Khasnya, ia berkaitan dengan Mahrajan 35 tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM (1974-2009). Tambahan pula, saya terlibat sama dengan urusan kehadiran 3 orang profesor pelawat ke Jabatan, iaitu Prof Mahayudin, Prof Jo Van dan juga Prof Munjid. Di akhir tahun 2009 pula (29-30 Disember), acara kemuncak Mahrajan berjaya dianjurkan dengan penuh gemilang, iaitu MALAYSIA CONFERENCE ON ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (MACASIC). Bahkan persidangan ini berjaya menerbitkan prosidingnya (himpunan 81 makalah) sendiri setebal lebih kurang 1,400 halaman. Insha Allah, pada masa hadapan, saya akan cuba untuk mengemas kini blog STI ini dari semasa ke semasa, demi manfaat kita bersama.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Saudara Hatta (telah dilakukan menerusi e-mel) yang telah memaklumkan saya mengenai kedapatan pautan yang 'tidak baik' pada blog STI ini, iaitu pautan e-referrer. Untuk makluman semua pembaca blog, saya telah deletekan pautan berkenaan kerana ia memaparkan beberapa pautan yang 'tidak baik', khasnya dalam usaha untuk kita menjulang tamadun terbilang ini. Ini memandangkan, pada peringkat awal penyediaan blog ini, e-referrer digunakan oleh setiap blogger untuk mengenal pasti jumlah/bilangan pengunjung ke sesuatu blog. Nampak gaya, ia turut membawa beberapa kemudaratan. Lantas saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakannya. Bagi para pengunjung blog STI yang sebelum ini menyedari akan pautan-pautan yang 'tidak baik' tersebut pada blog STI ini, saya mohon ribuan kemaafan atas ketidaksedaran saya selama ini. Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong STI, khasnya kepada maklum balas Saudara Hatta. Jazakamu'Llah khayran kathiran :)


"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

23 May 2009

Majlis Pra Perasmian Mahrajan 35 Tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), FPI, UKM akan menyambut ulang tahun yang ke-35 pada 24 Mei 2009 ini. Satu majlis pra perasmian Mahrajan 35 Tahun JPATI akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh:
25 Mei 2009 (Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat I, FPI, UKM
Masa: 11.00 pagi
Perasmi: Y.Bhg. Profesor Zakaria Stapa, Dekan FPI, UKM
Acara: (i) Pelancaran Logo Mahrajan, (ii) Pelancaran Tapak Web Mahrajan (www.ukm.my/mahrajan), (iii) Pelancaran Katalog Penerbitan Ahli Akademik JPATI

"STI" Menjulang Tamadun Terbilang"

22 April 2009

Multaqa Thaqafi JPATI, Bil.01/2009

Dimaklumkan bahawa sempena Mahrajan (Sambutan) 35 Tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI) (1974-2009), Fakulti Pengajian Islam, UKM, diskusi ilmiah tersebut di atas (dalam bahasa Arab) akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 28 April 2009 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi -12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat II, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi

Tajuk:
Memperingati 100 Tahun Kejatuhan Pemerintahan Sultan Abd al-Hamid II
Pembentang: Dr. Eeman Muhammad 'Abbas,
Pensyarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi. Pengkhususan beliau ialah Sejarah dan Tamadun Islam Abad Moden ('Uthmani) serta Sejarah Politik Asia Barat Moden ('Uthmani).

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

11 April 2009

Diskusi Ilmiah Sejarah dan Tamadun Islam Di Afrika Utara dan Andalus









Diskusi ilmiah ini, yang juga merupakan sebahagian daripada acara Mahrajan 35 Tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), FPI, UKM, telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 April 2009 di Bilik Majlis, UKM Bangi dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Diskusi ilmiah ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Ketua, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM. Sebanyak 9 makalah telah dibentangkan oleh para mahasiswa/i JPATI yang mendaftar kursus PPPJ1253 Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus pada semester 2, sesi 2008/2009. Tajuk dan senarai pembentang makalah ialah sebagaimana post sebelum ini. Para mahasiswa/i diberi peluang dan pengalaman untuk membentangkan makalah mereka di Bilik Majlis, UKM, berbanding sebelum pada ini mereka hanya melakukan aktiviti ilmiah sedemikian di kelas-kelas tutorial atau dewan perkuliahan. Bahkan makalah mereka juga telah berjaya diterbitkan dalam prosiding diskusi berkenaan. Tahniah dan syabas diucapkan pada kalian!!! Di sini dipaparkan beberapa keping foto pada hari pembentangan diskusi ilmiah berkenaan untuk paparan peminat STI. Selamat menatap ye..... :)

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

08 April 2009

Diskusi Ilmiah Anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, UKM

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan diskusi ilmiah tersebut sebagaimana butiran berikut:
Tarikh: 11 & 12 April 2009 /
15 & 16 Rabi'ulakhir 1430H
Tempat: Bilik Majlis, UKM
Anjuran: Mahasiswa/i PPPJ1253 & PPPJ2453, JPATI, FPI, UKM
Perasmi: Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Ketua, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM

Diskusi ini hanya terhad kepada mahasiswa/i JPATI yang mendaftar kursus PPPJ1253 Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus dan PPPJ2453 al-Nahw wa al-Sarf II. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan prosiding bagi kedua-dua diskusi ilmiah tersebut di atas, sila hubungi sama ada, (a) Ustaz Ezad Azraai Jamsari: ezad@ukm.my atau eajsti@gmail.com atau 03 8921 5291; ataupun (b) Ustaz Hakim Zainal: haza@ukm.my atau 03 8921 5553, selepas daripada tarikh diskusi tersebut.

Sebanyak 19 makalah dimuatkan dalam kedua-dua prosiding berkenaan dan berikut ialah tajuk-tajuk makalah tersebut untuk manfaat bersama:

Hari Pertama (Sabtu) 11 April 2009
DISKUSI ILMIAH
SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM DI AFRIKA UTARA DAN ANDALUS
Judul Prosiding: Sejarah Ketenteraan Islam Afrika dan Andalus (ISBN 978-983-9368-34-5)
1. Sejarah Ketenteraan Islam: Gerakan Futuhat Islamiyyah di Afrika Utara
Mariam Farhana Md Nasir & Ruzainim Mohd Zelani
2. Sejarah Ketenteraan Islam Era Futuhat dan Gabenor Umawiyyah di Andalus
Siti Salwa Abdul Majid & Humaira Asha’ari
3. Sejarah Ketenteraan Islam Era Imarah Umawiyyah di Andalus
Nurul Adilla Abu Bakar & Khairiah A Rahman
4. Sejarah Ketenteraan Islam Era Khilafah Umawiyyah di Andalus
Mohd Noor Akmal Hashim & Mohammad Insanudin Rajiee
5. Sejarah Ketenteraan Islam Era Muluk al-Tawa’if di Andalus
Mohd Rizdhuan Baharuddin, Mohd Fakhrurazi Noor Zainan & Wan Hamdi Wan Sulaiman
6. Sejarah Ketenteraan Islam Era al-Murabitun di Afrika Utara dan Andalus
Fasihah Abdullah & Siti Solehah @ Zahirah Yahaya
7. Sejarah Ketenteraan Islam Era al-Muwahhidun di Afrika Utara dan Andalus
Muhammad Syafiq A. Aziz & Khairul Asyraf Aripen
8. Sejarah Ketenteraan Islam Era Nasri di Granada
Mohd Irman Mohd Abd Nasir & Mohd Yusrizal Mohd Yunos
9. Sejarah Ketenteraan Islam Era Marini di al-Maghrib
Azliza Hashim & Mariah Mohd Shukri
10. Ibn al-Khatib (713-776H/1313-1375M) Sejarawan Granada: Satu Kajian Biografi
Ezad Azraai Jamsari, Norjayah Rekain, Noorsafuan Che Noh & Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari

Hari Kedua (Ahad) 12 April 2009
DISKUSI ILMIAH AL-NAHW WA AL-SARF II
Judul Prosiding: Sumbangan Tokoh-tokoh Tatabahasa Arab-Islam Abad Pertengahan
1. al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi: Ketokohan dan Sumbangan
Siti Khatijah Mat Rashid & Siti Aminah Razali
2. Sibawayh: Ketokohan dan Sumbangan
Nooraziera Mohamad & Nor Kamilah Mat Zin
3. Abu Bakr al-Anbari: Ketokohan dan Sumbangan
Aqilah Nur Satar Abdul Satar & Nurul Shamimi Rusli
4. Ibn Malik: Ketokohan dan Sumbangan
Nurul Atiqah Jamalludin & Nurul Asma Mazlan
5. Ibn Ajurrum: Ketokohan dan Sumbangan
Norashidah Ishak & Noor Fadzillah Che Saad
6. Abu Hayyan al-Andalusi: Ketokohan dan Sumbangan
Norafeni Ahmad, Mohd Nasa’ei Abdullah & Azatul Subahia Alias
7. Ibn ‘Aqil: Ketokohan dan Sumbangan
Atikah Hanani Ismail & Wati Jonen
8. Ibn Hisham al-Nahwi: Ketokohan dan Sumbangan
Zuraini Ibhrim & Wan Nor Maisarah Wan Idris
9. al-Suyuti: Ketokohan dan Sumbangan
Nurilliah Nornid & Siti Soleha Musa


"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

07 April 2009

Salam Muhibbah Pelajar PKP-UKM-KIPSAS




Buat seluruh pelajar Program Pengajian Berterusan (PPB), PKP-FPI (UKM) di KIPSAS Kuantan, Pahang Darul Makmur, semester 2, sesi 2008/2009, diucapkan selamat berjuang dalam menuntut ilmu demi memperoleh segulung ijazah. Moga menerusi kursus semester ini, iaitu PPPY1272 Fiqh Sirah, kalian akan memilik dan menikmati kejayaan, kecemerlangan, kesejahteraan dan keberkatan di dunia dan juga di Akhirat, Amin Ya Rabb al-'Alamin!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

02 April 2009

Teruskan Perjuangan Kalian


Buat seluruh mahasiswa ku, teruskan perjuangan kalian menuntut ilmu di bumi Bangi ini, demi memartabatkan kalimah Tauhid di atas muka bumi, semata-mata kerana ALIF BA TA (agama, bangsa dan tanah air). Ku hulurkan doa kejayaan, keselamatan dan kesejahteraan buat kalian, di dunia dan di Akhirat. Amin, Ya Rabb al-'Alamin!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"