07 April 2009

Salam Muhibbah Pelajar PKP-UKM-KIPSAS




Buat seluruh pelajar Program Pengajian Berterusan (PPB), PKP-FPI (UKM) di KIPSAS Kuantan, Pahang Darul Makmur, semester 2, sesi 2008/2009, diucapkan selamat berjuang dalam menuntut ilmu demi memperoleh segulung ijazah. Moga menerusi kursus semester ini, iaitu PPPY1272 Fiqh Sirah, kalian akan memilik dan menikmati kejayaan, kecemerlangan, kesejahteraan dan keberkatan di dunia dan juga di Akhirat, Amin Ya Rabb al-'Alamin!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

02 April 2009

Teruskan Perjuangan Kalian


Buat seluruh mahasiswa ku, teruskan perjuangan kalian menuntut ilmu di bumi Bangi ini, demi memartabatkan kalimah Tauhid di atas muka bumi, semata-mata kerana ALIF BA TA (agama, bangsa dan tanah air). Ku hulurkan doa kejayaan, keselamatan dan kesejahteraan buat kalian, di dunia dan di Akhirat. Amin, Ya Rabb al-'Alamin!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

25 March 2009

Bicara Dakwah ke-8 2009

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDDK), Fakulti Pengajian Islam, UKM akan menganjurkan seminar di atas pada 30 MAC 2009, ISNIN di Bilik Senat, Paras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi.

Antara makalah yang akan dibentangkan oleh saya (bersama rakan penulis lain) pada seminar kali ini ialah sebagaimana butiran berikut:
1.
Urus Tadbir (Governance) Ketenteraan Ayyubi: Satu Kajian Sejarah Pada Zaman Salah al-Din al-Ayyubi, oleh Noorsafuan Che Noh & Ezad Azraai Jamsari
2. Pengurusan Aspek Ekonomi Kerajaan Banu Marin(1215-1465M): Satu Pengamatan Sejarah, oleh Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Ezad Azraai Jamsari & Wan Kamal Mujani
3. Aspek Pendidikan Islam di Singapura: Satu Kajian Sejarah, oleh Siti Noorasikin Tumiran & Ezad Azraai Jamsari

Mahasiswa/i amat dialu-alukan untuk menyertai seminar tersebut dan pendaftaran nama boleh dibuat di Kaunter JPDDK, FPI, UKM pada bila-bila masa mulai sekarang. Utuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Am JPDDK: 03-8921 5528 atau e-mel: dzuwan@ukm.my (Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus). Rebutlah peluang ini untuk menimba ilmu. Selamat berseminar!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

10 March 2009

Jualan Buku JPATI 2009

Dimakumkan bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Jualan Buku JPATI 2009 bermula pada 10 Mac 2009 (Isnin) hingga 13 Mac 2009 (Jumaat). Jualan ini akan diadakan di Paras 3, JPATI, FPI, UKM Bangi, berhadapan dengan lif di JPATI dan ia dikendalikan oleh ahli-ahli Kelab NAHDAH (Nadi Talabah al-Dirasat al-'Arabiyyah wa al-Hadarah al-Islamiyyah) UKM. Dapatkan buku-buku terbitan ahli-ahli akademik JPATI dengan segera. Rebutlah peluang diskaun yang hebat ini!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

09 February 2009

Video Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika

Pada kali ini, dipaparkan beberapa maklumat berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika, yang jarang diketahui dan dimaklumi. Selamat menonton!!!

ISLAM DI AFRIKA


INILAH DIA MOROCCO...


SEJARAH ISLAM DI AFRIKA


"STI: Menjulang Tamadun Terbilang"

05 February 2009

Mahrajan 35 Tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, UKM (1974-2009)

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengunjung Blog STI, bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Kumpulan Penyelidikan 'Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam' (KUKAPI), UKM akan menganjurkan bersama sambutan ulang tahun penubuhan JPATI yang ke-35 sepanjang tahun 2009 hingga April 2010 nanti. Pelbagai acara dan aktiviti telah dirancang, namun hebahan secara rasmi masih belum dibuat hingga kini. Pemakluman akan dibuat dalam masa terdekat dan antara aktiviti Mahrajan ini ialah sebagaimana berikut:
(a) Siri Diskusi Ilmiah
(b) Siri Majlis Pengkisahan JPATI
(c) Siri Multaqa Thaqafi JPATI 2009
(d) Siri Seminar Penyelidikan KUKAPI
(e) Malaysia Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization (MACASIC I 2009)
(f) Minggu Penerbitan & Penyelidikan JPATI & KUKAPI
(g) Minggu Pengurusan & Pengajian Siswazah JPATI & KUKAPI
Nantikan acara yang penuh gemilang ini berlangsung.... !!!!!

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"

31 January 2009

Makluman Bil.02-Januari 2009 (Buat Semua Pengunjung Blog STI)

Terdapat beberapa makluman dan pengumuman mutakhir buat semua pengunjung Blog STI, khasnya buat pelajar PY1262 STI (dalaman UKM, sama ada Fakulti Pengajian Islam atau Fakulti Pendidikan), Semester 2, 2008/2009:



1. INFO PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P) STI DALAM SPIN
Untuk makluman saudara/i, info berkaitan P&P STI dalam SPIN telah dikemaskini dari semasa ke semasa. Misalnya, nota power point terkini, panduan kursus, penangguhan kuliah dan juga kuliah awalan telah dimaklumkan dalam SPIN. Saudara/i dari FPI dan juga FPend UKM amat dialu-alukan ke SPIN. Jika anda berdepan dengan sebarang masalah dalam penggunaan SPIN, mohon berjumpa dengan Penyelaras Webmaster/ICT di fakulti masing-masing.

2. PELAJAR PY1262 STI (Peringkat EKSEKUTIF, BERTERUSAN & PBJJ, UKM)
Saya amat mengalu-alukan kunjungan ustaz/ustazah ke Blog STI dan moga kita dapat berhubungan menerusi maya secara interaktif dan proaktif. Diucapkan juga TAHNIAH dan SYABAS atas keputusan yang diterima bagi peperiksaan PY1262 STI pada semester lepas, Semester 1, 2008/2009. Buat anda yang berada di seluruh pelosok tanah air (Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, UKM Bangi, Alor Setar, KIPSAS Kuantan & Kota Bharu), moga segala ilmu yang dicurahkan itu dapat dipertalikan kepada generasi Muslim Malaysia sehingga ke akhir hayat. TERUSKAN PERJUANGAN!!!

3. POST TERBARU DALAM BLOG STI
Nantikan post terbaru dalam Blog STI yang akan dilakukan dalam masa terdekat. Saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung kerana sudi melayari blog ini, yang diharapkan dapat memberi sedikit pengetahuan berkaitan SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM. Dan, sempena memasuki usianya yang ke-2 pada tahun 2009 ini, Blog STI akan berusaha secara giat untuk menyemarakkan info berkaitan STI menerusi paparan video untuk tatapan para pengunjung.

Blog STI juga memohon maaf kerana tiada sebarang upload/update dilakukan selama lebih kurang 5 bulan sebelum pada ini kerana masalah teknikal (komputer) yang diserang virus Mabezat/Tazebama pada penghujung tahun 2008 lalu. Kini, semua berjalan dengan lancar dan nantikan upload video-video STI yang baru untuk tatapan anda.

"STI: MENJULANG TAMADUN TERBILANG"